Panduan Ringkas Penggunaan
Ikuti aliran ini untuk mengurus guru tidak hadir, menjana cadangan relif dan mencetak slip relif rasmi dengan lebih kemas.
8 langkah penggunaan harian
Gunakan susunan ini setiap kali sekolah ingin menyediakan jadual relif harian.
Buka sistem
Buka MTS Jadual Ganti pada komputer sekolah yang berdaftar.
Semak status langganan.Import jadual
Masukkan fail jadual sekolah yang disokong seperti ROZ atau PDF jadual guru.
Buat selepas jadual berubah.Semak tetapan
Pastikan nama sekolah, waktu PdP, bilangan masa, blok rehat dan tetapan cetak adalah betul.
Semak sekali sebelum guna.Tanda guru tidak hadir
Pilih guru, sebab tidak hadir dan waktu yang terlibat.
Boleh pilih sepanjang hari.Semak slot terjejas
Sistem memaparkan kelas, subjek, waktu, guru asal dan lokasi jika ada.
Pastikan bilik khas tepat.Jana Pintar
Tekan Jana Pintar untuk cadangan guru ganti berdasarkan kekosongan dan beban guru.
Boleh jana semula.Sahkan pilihan
Semak jadual tepi, tukar guru jika perlu, kemudian sahkan pilihan yang sesuai.
Keputusan akhir pada sekolah.Cetak slip relif
Cetak slip rasmi setelah semua guru ganti disahkan. Rekod kelas biasa dipaparkan dahulu, manakala kelas yang dibatalkan atau digabungkan disusun di bahagian akhir.
Semak sebelum edaran.Sebelum digunakan
- Pastikan jadual terkini telah diimport ke dalam sistem.
- Semak senarai guru, kelas, subjek dan lokasi bilik khas.
- Tanda guru yang tidak boleh diberikan relif dalam menu Guru jika perlu.
- Semak tetapan waktu PdP, waktu rehat dan had masa berturutan.
Perkara perlu diberi perhatian
- Jika ramai guru tidak hadir, semak slot yang memerlukan tindakan manual.
- Jika tiada calon sesuai, sekolah boleh mempertimbangkan program atau aktiviti terkawal.
- Gunakan Statistik untuk memilih tarikh mula dan tarikh akhir bagi tempoh semakan.
- Mod pratonton tidak menghasilkan cetakan rasmi tanpa langganan aktif.
- Bantuan AI ialah sokongan tambahan, bukan pengganti semakan pentadbiran.
3 mod kerja yang biasa digunakan
Pilih tindakan mengikut keadaan harian sekolah.